top of page
Search

Garena tawarkan biasiswa eSukan pertama di Malaysia

  • esukan
  • Jul 28, 2016
  • 2 min read

Liga Kampus Malaysia bakal salurkan dana pendidikan sebanyak RM 6,000 setiap pelajar demi menjulang budaya sukan elektronik

[27 Julai 2016, Kuala Lumpur] Garena selaku syarikat internet terbesar Asia Tenggara mengumumkan biasiswa separa bernilai RM 30,000 bagi juara Divisyen Kolej pada edisi kedua Liga Kampus Malaysia (MYCL).

MYCL, yang dianjurkan dua kali setiap tahun, adalah kejohanan League of Legends membabitkan lebih daripada 2,000 sekolah menengah dan institut pengajian tinggi dari seluruh Malaysia. Kejohanan ini memperkenalkan dua divisyen berlainan - Divisyen Kolej bagi pelajar Kolej atau Universiti diikuti Divisyen Junior bagi pelajar sekolah menengah.

Buat kali pertama di Malaysia, Garena akan menganugerahkan biasiswa separa bernilai RM 6, 000 bagi setiap pelajar yang mewakili pasukan juara nanti sebagai langkah utama membangunkan arena eSukan kompetitif di Malaysia. Selain hadiah wang tunai, juara kampus akan mewakili Malaysia ke Filipina secara automatik untuk menyahut cabaran Kejuaraan Kampus Antarabangsa League of Legends (LICC) hujung tahun ini.

Jason Ng selaku Naib Presiden Garena, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk melihat pembangunan pesat eSukan di Malaysia baru-baru ini, serta pelancaran Biasiswa Garena menerusi Liga Kampus Malaysia iaitu langkah seterusnya demi melahirkan bakat tempatan yang berkaliber tinggi. Dengan ini, kami ingin menubuhkan ekosistem yang stabil sekali gus membantu para pelajar supaya dapat merealisasikan impian mereka dalam eSukan.”

“Sama ada mereka menuju ke arah profesional atau tidak, pemain-pemain negara akan memanfaatkan kemahiran hidup seperti penyelesaian masalah, sifat kerjasama dan budaya kreativiti tinggi dalam diri. Saya amat teruja dapat melancarkan MYCL secara rasmi hari ini.”

Bagi edisi kedua ini, MYCL berhasrat untuk menggabungkan semangat pekerjaan dan aksi kompetitif permainan video ke dalam arena eSukan. Setiap kampus memainkan peranan penting bagi menubuhkan komuniti eSukan yang lebih erat. Justeru, Garena turut memperkenalkan Sistem Ranking Pelajar iaitu satu platform untuk menyatukan kesemua pelajar dari seluruh Malaysia.

MYCL 2016 akan berlangsung pada 13 Ogos, 2016 dengan sesi kelayakan negeri, dimana wakil-wakil terbaik Divisyen Kolej dan Junior bakal berentap pada perlawanan final di Universiti Asia Pasifik (APU), 24 September nanti.

Pendaftaran pasukan bagi sesi kelayakan dibuka pada 20 Julai. Bagi mereka yang ingin menyertai kejohanan tersebut, anda boleh memuat turun borang pendaftaran di mycl.lol.garena.com.

 
 
 

Comments


HOT TOPICS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

© 2014-2017 E-Sukan. All rights reserved

KOMUNITI DOTA 2 MALAYSIA

Who are we?

 

- We are bunch of ethusiasm e-sports & games lover

- We are from one of malaysia biggest dota 2 community!

- We want to expand our love in dota 2 e-sports with others type of game!

 

Why we build this site?

 

- We want to give malaysian all related news in esports!

- Because we love esports

 

If you have a news or tournament to share please contact us and we will news it for free

TWITTER
bottom of page