WG.Unity Pulang Tangan Kosong di Nanyang Championship Season 2
- esukan
- Jul 10, 2016
- 1 min read

Pertandingan Nanyang Championship Season 2 telah memasuki ke hari terakhir di mana Wings Gaming akan bertemu dengan Newbee di grand final hari ini. Namun, nasib satu-satu pasukan daripada Malaysia iaitu WG.Unity tidak begitu menggembirakan apabila mereka tumpas di peringkat awal dan pulang dengan tangan kosong. WG.Unity menamatkan persaingan mereka di tangga 7/8 bersama Empire dan tidak mendapat sebarang hadiah.

Tidak seperti pertandingan antarabangsa yang lain, Nanyang Championship Season 2 hanya memberikan wang tunai kepada 6 pasukan teratas sahaja. Nanyang Championship yang sebelum ini menerima tamparan hebat apabila Secret, EG dan Fnatic menarik diri di saat-saat akhir

Perlawanan akhir dijangkakan akan berlansung pada 3 petang 10 Julai 2016
Rujukan
http://wiki.teamliquid.net/dota2/Nanyang_Dota_2_Championships/Season_2
Comments