Search
Orange Taring Tukar Posisi Pemain
- esukan
- Jul 10, 2016
- 1 min read

Pasukan Orange Taring telah membuat pertukaran semula posisi pemain mereka di mana Yamateh akan bermain semula di posisi tengah manakala pemain baru mereka iaitu Rodgeee akan bermain di posisi offlane.
Taring yang sebelum ini menukar NJ dengan Rodgeee sebelum Ti6 qualifiers telah meletakkan Yamateh sebagai Offlane dan Rodgeee mengambil kedudukan lama Yamateh di tengah. Keputusan tersebut nampaknya tidak mendatangkan hasil yang dikehendaki apabila Orange Taring kecundang di peringkat kumpulan.
Taring bermula agak baik selepas pertukaran terbaru ini apabila menewaskan Rave 2-1 di Sea Kappa dan berjaya mengikat Execration 1-1 di Joindota League 10. Namun, Orange Taring terpaksa mengalah kepada Fnatic 3-1 di perlawanan akhir Sea Kapaa Season 2
Comments