Mineski-X Tarik Diri dari Nxt Game Tour Kerana Isu Pemain
- esukan
- Jul 10, 2016
- 1 min read

Pasukan Mineski-X yang dibarisi oleh beberapa pemain Veteran telah menarik diri daripada bermain di pertandingan Nxt Game Invitational berikutan daripada isu pemain. Berdasarkan daripada peringkat kumpulan Nxt Game, Mineski-X telah menarik diri di saat-saat terakhir dan jadual pertandingan Joindota League 10 juga ditunda.
Setakat ini, masih belum ada berita atau kenyataan rasmi dibuat oleh pasukan Mineski-X berkaitan isu di atas

Mineski-X yang diketuai oleh Xtinct sebelum ini telah gagal untuk mara ke Ti6 qualifiers apabila kecundang di tangan White Fries Gaming dan Acion Arena. Walau bagaimanapun, Mineski-X telah berjaya GIGABYTE Esports Dota 2 tournament di Johor Bahru satu hari selepas tamatnya Ti6 Open Qualifiers.

Ketika ini, prestasi Mineski-X di Joindota League tidak begitu memberansangkan apabila hanya menang 3 dan tewas 7 daripada 10 perlawanan

Sumber
Comentarios