top of page
Search

Siaran NA LCS Dalam Bahasa Melayu

  • esukan
  • Jun 5, 2016
  • 1 min read

NA LCS dah masuk ke dalam Summer Split pada hujung minggu ini, kami mahukan peminat

tempatan di Malaysia menonton perlawanan dan persaingannya dengan lebih

menyeronokkan. Kami akan melakukannya dalam dua cara: anda boleh menonton siaran

semula perlawanan utama NA LCS dan shoutcasting dalam Bahasa Melayu (BM)!

Bermula esok, 4 Jun, anda akan menonton beberapa perlawanan terbaik NA LCS pada

malam sebelumnya setiap Sabtu, Ahad dan Isnin dari jam 8:00 malam GMT +8 , di

live.garena.com. Kami akan melangkau beberapa hujung minggu disebabkan oleh acara

tempatan yang lebih besar, tapi sebagai persediaan, berikut adalah jadual penuh untuk

rujukan yang lebih mudah: Lihat di sini

Seperti yang telah disebut, bukan semua permainan NA LCS akan disiarkan semula.

Perubahan struktur NA LCS, iaitu semua perlawanan dalam Best-of- 3, dan disebabkan oleh

kesuntukan masa, beberapa perlawanan dijalankan secara serentak. Jadi, untuk siaran

semula NA LCS kami, kami akan memilih yang terbaik untuk anda tonton.

Tempat di Worlds 2016 sedia untuk direbut dengan Championship Points, di mana para

pasukan mesti mengumpulnya, untuk memastikan impian kelayakan World Championship

mereka tidak terkubur. Lihatlah para pasukan yang akan bertarung dalam NA LCS Summer

Split:

● Apex (APX)

● Cloud9 (C9)

● Counter Logic Gaming (CLG)

● Echo Fox (FOX)

● Immortals (IMT)

● Team Liquid (TL)

● NRG (NRG)

● Phoenix1 (P1)

● Team Envy (NV)

● TSM (TSM)

Siaran semula BM kami bermula 4 Jun, 8:00mlm dengan perlawanan antara TSM dan CLG

yand akan disiarkan di live.garena.com. Pasukan manakah yang anda sokong? Komenlah di

bawah!

 
 
 

Comments


HOT TOPICS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

© 2014-2017 E-Sukan. All rights reserved

KOMUNITI DOTA 2 MALAYSIA

Who are we?

 

- We are bunch of ethusiasm e-sports & games lover

- We are from one of malaysia biggest dota 2 community!

- We want to expand our love in dota 2 e-sports with others type of game!

 

Why we build this site?

 

- We want to give malaysian all related news in esports!

- Because we love esports

 

If you have a news or tournament to share please contact us and we will news it for free

TWITTER
bottom of page