top of page
Search

Fnatic dijemput ke Nanyang Championship di Shanghai, China

  • Chin Bryan
  • May 13, 2016
  • 1 min read

Fnatic telah diumumkan sebagai pasukan ketiga daripada empat pasukan yang akan menerima jemputan terus ke Nanyang Championship musim kedua.

Fnatic akan menemani pasukan Evil Geniuses dan Secret di Nanyang Championship musim kedua di Shanghai, China dari 6 Julai hingga 10 Julai. Pasukan seterusnya yang akan menerima jemputan terus adalah dari China berdasarkan rancangan pihak penganjur untuk menjemput satu pasukan dari Eropah, SEA, China dan Amerika. Adakah kemungkinan pasukan Newbee akan menerima jemputan terus yang terakhir setelah menyerlah di Epicenter, Moscow?

Fnatic merupakan salah satu pasukan terhandal dalam SEA dengan sejarah memenangi paling banyak kejohanan dan kelayakan dalam SEA. Fnatic telah memperoleh tempat pertama dalam SEA Kappa Invitational dan Siri Beyond the Summit ke-4 setelah mengalahkan pasukan Signature.Trust dengan mata 3-1 dan juga terhadap TnC dengan mata 3-0. Dari segi antarabangsa pula, Fnatic telah mencapai kedudukan tempat ke-3/4 di ESL One Manila dan tempat ke-9/10 di Epicenter Moscow. Selain itu, Fnatic juga pernah mendapat kedudukan nombor satu di dunia pada bulan lepas.

Sepanjang tempoh lima hari, lapan pasukan dari seluruh dunia akan bersaing untuk hadiah wang tunai sebanyak $ 200,000 yang ditawarkan di Nanyang. Nanyang Dota 2 Championships Season 2 (NYC) merupakan kejohanan kedua Dota 2 yang dianjurkan oleh KeyTV dan merupakan salah satu kejohanan Dota2 terbesar di SEA.

Sources:

  • http://www.gosugamers.net/dota2/news/35481-nanyang-championship-2-fnatic-takes-the-sea-direct-invite

  • https://twitter.com/NYChampionships

 
 
 

Comentários


HOT TOPICS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

© 2014-2017 E-Sukan. All rights reserved

KOMUNITI DOTA 2 MALAYSIA

Who are we?

 

- We are bunch of ethusiasm e-sports & games lover

- We are from one of malaysia biggest dota 2 community!

- We want to expand our love in dota 2 e-sports with others type of game!

 

Why we build this site?

 

- We want to give malaysian all related news in esports!

- Because we love esports

 

If you have a news or tournament to share please contact us and we will news it for free

TWITTER
bottom of page