Kebangkitan Pasukan Kerdil! Taring & Mineski-x Kecundang di Kelayakkan ESL One Manila
- esukan
- Mar 22, 2016
- 1 min read

Pusingan kelayakkan ESL One Manila bagi Asia Tenggara membuka tirai malam ini di mana 3 pasukan daripada Malaysia beraksi. Taring bertemu pasukan WG.Unity juga daripada Malaysia manakala Mineski-x bertemu wakil Vietnam. Format pertandingan adalah single elimination di mana ianya adalah kalah mati.
Taring yang kehilangan Adam nampak pincang apabila kecundang kepada pasukan WG.Unity yang sebelum ini dikenali sebagai RTT di Malaysia Cyber Games.
Mineski-X yang merupakan salah satu pasukan pilihan juga kecundang mengejut ditangan Next-Gen daripada Vietnam. Pasukan Mineski-X yang dilanda masalah pemain nampak gagal menyerlah dan akur dengan strategi pihak lawan.
Apakah perubahan yang akan berlaku bagi pasukan Taring dan Mineski-X? Mineski-X dilihat bermain dengan 2 pemain baru iaitu Xnova daripada Wujie dan Kpheonii daripada Ehome.K. Namun, prestasi semasa tidak memberangsangkan. Taring pula nampak tumpul pada masa ini selepas pemergian Adam ke Fnatic.
Bracket

Sumber
http://wiki.teamliquid.net/dota2/ESL_One/Manila/2016/Qualifiers/SEA
Comments