Tonton FIFA Interactive World Cup Di Astro Supersports Channel 808
- esukan
- Mar 17, 2016
- 1 min read

Astro hari ini membuat pengumuman di mana pertandingan FIFA Interactive World Cup 2016 yang diadakan di New York, Amerika Syarikat akan ditayangkan secara langsung di Astro Supersports Plus Channel 808 dan Astro on the go. Pertandingan ini menawarkan hadiah 20,000USD dan disertai oleh 32 pemain Fifa 16 terbaik didunia.

Berikut adalah senarai 32 pemain yang akan bertanding di FIFA Interactive World Cup 2016
Pihak penganjur telah menambah bilangan peserta daripada 28 kepada 32 dan buat pertama kalinya menggabungkan PS4 dan Xbox-One di dalam satu pertandingan. 15 pemain daripada PS4 dan 15 pemain daripada Xbox-One. Juara terdahulu iaitu Abdulaziz Alshehri dan Brian Jaldin iaitu juara negara penganjur bagi FIWC 2016 akan melengkapkan senarai pemain
Date - Event
20 March Official Draw
21 March Group Stage (Live stream: 0200 - 0630 SGT)
22 March Final Showdown** (Live stream: 0600 - 0800 SGT)
Selain daripada Astro, anda juga boleh menonton pertandingan ini di Youtube FIFATV secara atas talian
Format yang digunakan adalah peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati. 8 kumpulan akan dibentuk di mana 4 kumpulan bagi pemain PS4 dan 4 kumpulan bagi pemain Xbox-One
Dua pemain terbaik setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati dan pemain PS4 dan Xbox-One tidak akan bertemu sesama sendiri sehingga perlawanan akhir. Perlawanan akhir pula akan diadakan secara dua peringkat iaitu di Xbox-One dan PS4
Sumber
Astro
Comentários