Tiket Manila Major RM 4.50 Ibarat Sebungkus Nasi Lemak Ayam
- esukan
- Mar 8, 2016
- 1 min read

Valve telah mengumumkan maklumat lanjut mengenai The Manila Major yang akan diadakan di Mall of Asia Arena pada 7 Jun sehingga 12 Jun 2016. Wang tunai sebanyak 3,000,000USD ~ RM 12,600,000 akan menjadi rebutan 16 pasukan terhandal di dunia. Pusingan kelayakkan terbuka akan berlansung pada April 29 - May 2, 2016 dan kelayakan zon pada May 3 - May 6, 2016
Selain itu, harga tiket bagi acara ini mengejutkan banyak pihak apabila harga tiket termurah adalah RM 4.50 sehari dan termahal RM 35 iaitu pada hari minggu dan tier 1.
Berikut adalah harga tiket Manila Major
Hari Biasa
Tier 1 - Php 200 ~ RM17.50
Tier 2 - Php 100 ~ RM 9.00
Tier 3 - Php 50 ~ RM 4.50
Hari Minggu
Tier 1 - Php 400 ~ RM 35.00
Tier 2 - Php 200 ~ RM 17.50
Tier 3 - Php 100 ~ RM 9.00
Valve juga mengumumkan Manila Major akan dianjurkan oleh PGL sebuah syarikat daripada Eropah yang mempunyai banyak pengalaman di dalam CSGO dan penganjur Dreamhack
Sumber: Valve
Comments