top of page
Search

Asia Tenggara Kembali Gagah: MVP dan Fnatic 8 pasukan terbaik di dunia

  • esukan
  • Mar 4, 2016
  • 1 min read

Suatu ketika dahulu Asia Tenggara merupakan antara zon terbaik di Dota 2 di mana sekurang-kurangnya 2 pasukan akan mendapat jemputan terus ke The International. Namun, selepas TI4 Asia Tenggara mengalami zaman kejatuhan apabila tiada pasukan Asia Tenggara yang berjaya melepasi 8 pasukan teratas selepas itu.

The Shanghai Major memberikan nafas baru kepada Asia Tenggara apabila 2 wakilnya berjaya menempatkan diri di 8 pasukan terbaik dengan MVP sekurang-kurangnya 6 teratas. Prestasi yang ditunjukkan ini pastinya mengimbau kembali zaman The International 2 & 3.

Kegagalan pasukan China di The Shanghai Major menunjukkan bahawa zon-zon seperti Asia Tenggara dan North America bukanlah lagi lemah seperti ini dan persaingan diperingkat tertinggi adalah terbuka. MVP akan bertemu Team Liquid hari ini dan sekiranya menang MVP akan berada di 3 pasukan terbaik di dunia

Fnatic akan bertemu dengan juara The Frankfurt Major malam ini. Di atas kertas ianya nampak sukar buat Fnatic namun apa pun boleh berlaku ketika ini. Marilah kita berikan sokongan padu kepada 2 pasukan daripada Asia Tenggara! Acara Major selepas ini akan berlangsung di Manila dan kehadiran lebih banyak pasukan Asia Tenggara pastinya dinanti-nantikan oleh peminat di sana

Sumber: The Shanghai Major

 
 
 

Comments


HOT TOPICS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

© 2014-2017 E-Sukan. All rights reserved

KOMUNITI DOTA 2 MALAYSIA

Who are we?

 

- We are bunch of ethusiasm e-sports & games lover

- We are from one of malaysia biggest dota 2 community!

- We want to expand our love in dota 2 e-sports with others type of game!

 

Why we build this site?

 

- We want to give malaysian all related news in esports!

- Because we love esports

 

If you have a news or tournament to share please contact us and we will news it for free

TWITTER
bottom of page