Laluan Berliku Menanti Fnatic di The Shanghai Major
- esukan
- Feb 29, 2016
- 1 min read

Kejayaan Fnatic melepasi peringkat kumpulan telah membanggakan negara dan para peminat dota 2 di Malaysia. Fnatic yang berjaya menewaskan VG 2-1 dan Spirit 2-1 telah menempatkan diri di upper bracket yang akan berlangsung dari 2hb hingga 6 hb Mac ini
Walau bagaimanapun, undian peringkat playoff semalam tidak memihak kepada Fnatic apabila diundi bertemu juara The International 5 EG daripada Amerika Syarikat. Tidak cukup dengan itu, sekiranya Fnatic berjaya mencipta kejutan menewaskan EG, OG atau Secret akan menanti mereka dipusingan seterusnya
OG merupakan juara The Frankfurt Major manakala Secret adalah naib juara The Frankfurt Major. Peluang Fnatic nampak sukar namun prestasi semasa mereka sangat baik dan kejutan dijangkakan akan berlaku. Fnatic akan menentang EG pada hari Khamis ini.

Sumber
Comments