5 Anak Muda Malaysia Bersaing di RM 12,600,000 Shanghai Major
- esukan
- Feb 23, 2016
- 1 min read

Pertandingan Dota 2 Major yang akan berlangsung di Shanghai, China pada hari Khamis ini dan menawarkan hadiah lumayan sebanyak 3,000,000 USD ~ RM 12,600,000 kepada 16 pasukan terbaik di dunia. 5 anak muda Malaysia akan bersaing di sana bagi membuktikan kehandalan Malaysia di arena antarabangsa. Mereka ialah Mushi, Midone, Ohaiyo, Net yang mewakili pasukan Fnatic dan Chuan yang bermain untuk pasukan Newbee

Fnatic diundi bermain di kumpulan B manakala pasukan yang diwakili Chuan di kumpulan C. Cabaran tentulah sukar bagi Fnatic apabila akan bertemu jaguh China iaitu VG di perlawanan pertama yang dijadualkan pada hari Jumaat ini. Pasukan Fnatic telah berada selama 7 hari di China untuk membuat persiapan bagi menghadapi cabaran di sana. Mampukah kejayaan mereka menjadi pasukan ketiga terbaik dunia suatu ketika dahulu dapat diulangi?

Chuan yang bermain untuk Newbee iaitu pasukan daripada China akan bertemu dengan satu lagi jaguh China iaitu LGD di perlawanan pertama mereka.
Semoga berjaya kepada kesemua pemain Malaysia dan majulah esukan untuk negara!
Sumber:
Comentarios