RM 7,473,244 Telah di Menangi Atlet Esukan Malaysia. Tertinggi di Asia Tenggara
- esukan
- Feb 22, 2016
- 1 min read

Acara e-sukan telah membuktikan bahawa ianya merupakan satu industri yang berkembang pesat di seluruh dunia dan juga di Malaysia. Malaysia dihujani dengan ramai pemain berbakat yang telah menempah nama di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui bahawa sebahagian daripada pemain ini telah pun bergelar jutawan hasil daripada pendapatan mereka di dalam e-sukan
Berikut adalah senarai jumlah kemenangan yang diperolehi oleh negara-negara di Asia Tenggara
1. Malaysia - RM 7,473,244
2. Singapore - RM 7,328,540
3. Filipina - RM 2,528,118
4. Vietnam - RM 1,959,610
5. Thailand - RM 1,687,253
6. Indonesia - RM 241,161
7. Brunei - RM 2,468
Jumlah di atas tidak termasuk gaji pemain dan tajaan yang diperolehi mereka. Dikhabarkan pemain seperti Chuan dan Mushi menerima tajaan jutaan ringgit daripada penaja di seluruh dunia
Senarai pemain dan jumlah wang yang telah dimenangi mereka

Mengikut sumber dalaman, pemain-pemain yang bertaraf International menerima gaji sekitar RM 6,000 - RM 15,000 sebulan. Pemain-pemain yang masih meningkat juga menerima gaji sekitar RM 1,000 - RM 3,000 bergantung kepada populariti mereka dan penaja

Chuan pemain paling tinggi pendapatan di Malaysia
E-sukan pastinya akan menjadi satu kerjaya yang amat diidamkan oleh golongan muda paa suatu hari kelak. Penerimaan media utama seperti ESPN, Astro dan sebagainya memberikan petanda positif bahawa e-sukan akan menjadi sukan utama di masa hadapan.
Sumber:
Comments