top of page
Search

Dulcet Essence mahu membalas dendam di TLC Masters Cup

  • Garena Malaysia
  • Feb 19, 2016
  • 1 min read

TLC Masters Cup akan bermula pada hari Sabtu ini, 20 Februari dengan pasukan teratas di Singapura dan Malaysia, menjengah persaingan lampau untuk bergelar pasukan terbaik rantau ini, dan hadiah bernilai RM25,250! Highlight Match of Week 1 adalah perlawanan balas dendam untuk TLC MY Winter Finals tahun lepas -- pertembungan antara Dulcet Essence dan Kuala Lumpur Hunters. Walaupun kalah 3-1 pada waktu itu, Dulcet Essence tidak tumbang, dan telah memfokuskan usaha mereka dalam mempertingkatkan pasukan mereka. Mereka juga memasukkan bakat baru dalam skuad mereka, Adrian “Shiro” Lee dan Chin “TaintedOnes” Wei Song. Jason “JaeYoong” Yoong dan Dulcet Essence yang baru sahaja ditubuhkan akan berentap dengan Kuala Lumpur Hunters dalam perlawanan kedua pada hari itu, bersemangat untuk membuktikan bahawa Kuala Lumpur Hunters bukanlah pasukan yang terbaik di Malaysia. Berhasrat ingin menumpaskan Hunters, perlawanan ini dijanjikan untuk menjadi hebat di tengah-tengah 2 lagi perlawanan pada minggu ini. Sudah setahun sejak para pasukan daripada dua rantau ini berrtembung, persaingan antara mereka semakin hangat. Semua permainan akan dimainkan dalam format 2-Terbaik, menurut jadual ini pada Minggu 1:

  • 20 Februari, 2 petang - Kuala Lumpur Hunters vs Sovereign Black

  • 20 Februari, 4 petang - Dulcet Essence vs Kuala Lumpur Hunters

  • 20 Februari, 6 petang - Rigel vs Dulcet Essence

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, bersedia untuk memenangi skin -- skin pada minggu ini adalah Jade Dragon Wukong -- kerana telah menonton perlawanan ini secara langsung. Pemberian skin ini akan bermula pada Highlight Match, jadi pastikan anda mengelog masuk ke live.garena.com. Ingat, anda juga boleh mengumpul G-View sewaktu stream untuk menebus lebih banyak hadiah. Bacalah mengenai initiatif ini di sini.

 
 
 

Comentarios


HOT TOPICS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

© 2014-2017 E-Sukan. All rights reserved

KOMUNITI DOTA 2 MALAYSIA

Who are we?

 

- We are bunch of ethusiasm e-sports & games lover

- We are from one of malaysia biggest dota 2 community!

- We want to expand our love in dota 2 e-sports with others type of game!

 

Why we build this site?

 

- We want to give malaysian all related news in esports!

- Because we love esports

 

If you have a news or tournament to share please contact us and we will news it for free

TWITTER
bottom of page