top of page
Search

The Legend Circuit Masters Cup: Clash of the Champions (RM25,250)

  • JC "HYNUCK" LAM
  • Feb 18, 2016
  • 2 min read

Minggu ini, kami berasa teruja untuk meneroka persaingan rantau dengan pelancaran TLC Masters Cup! Jemputan luar musim yang baru, kejohanan ini akan menghimpunkan pasukan teratas dari Singapura dan Malaysia, bertarung antara satu sama lain untuk hadiah-hadiah bernilai RM25,250 dan bergelar pasukan terbaik rantau ini. Dengan laluan TLC Singapura dan Malaysia dipisahkan sejak tahun 2015, tidak ada banyak peluang untuk para pasukan ini bertemu antara satu sama lain. Kedua-dua rantau ini mempamerkan kehebatan mereka, dan kami tahu, ramai yang ingin tahu, bagaimana mereka akan bertembung. Jadi, inilah dia. Bacalah maklumat di bawah mengenai TLC Masters Cup dan masa untuk menonton stream secara langsung.

Siapa yang Bermain di TLC Masters Cup?

Terdapat 4 pasukan dalam TLC Masters Cup -- 2 pasukan teratas, masing-masing dari TLC SG dan TLC MY berdasarkan keputusan 2015 Winter Season. Pasukan yang bakal berentap adalah:

  • Rigel* (TLC SG)

  • Sovereign Black** (TLC SG)

  • Kuala Lumpur Hunters (TLC MY)

  • Dulcet Essence (TLC MY)

*Sebelum ini dikenali sebagai Corvus **Sebelum ini dikenali sebagai Resonance

Apakah Formatnya?

Semua pasukan yang bakal berentap pada TLC Masters Cup akan diletakkan dalam satu kumpulan, dan akan bermain dalam format Double Round Robin. Setiap pasukan akan menjadi 2 Terbaik, dengan 3 mata diberikan kepada pasukan yang menang (2-0) atau 1 mata untuk kedua-dua pasukan jika seri (1-1). Pada akhir sekali, 2 pasukan teratas dalam kumpulan akan bertarung di Final dalam 5 Terbaik, untuk menentukan siapa yang akan menjadi juara Masters Cup.

Apakah Ganjarannya?

Setiap pasukan akan membawa pulang sebahagian daripada hadiah bernilai RM25,250 tapi para pasukan mesti berusaha sehingga ke paling atas untuk mendapatkan nilai yang paling besar:

  • Champions: RM12,500

  • Tempat Ke-2: RM6,250

  • Tempat Ke-3: RM4,000

  • Tempat Ke-4 RM2,500

Bila dan Di Mana Saya Boleh Menonton?

Kejohanan ini akan berlangsung secara online dalam 6 hujung minggu, dengan satu minggu rehat di antaranya. Tiga perlawanan akan dimainkan pada setiap hari perlawanan:

  • Sabtu, 20 Februari: 2:00 petang - 8:00 malam

  • Sabtu, 27 Februari: 2:00 petang - 8:00 malam

  • Sabtu, 5 Mac: 2:00 petang - 8:00 malam

  • Sabtu, 19 Mac: 2:00 petang - 8:00 malam

  • Sabtu, 26 Mac: 2:00 petang - 8:00 malam

Layari stream secara langsung TLC Masters Cup di live.garena.com.

Apakah Ganjaran yang Ada untuk Saya?

Kami akan menghoskan pemberian skin mingguan sewaktu stream secara langsung untuk para penonton dapatkan. Layari stream secara langsung TLC Masters Cup untuk mengetahui bagaimana anda boleh menjadi para pemenang yang bertuah! Ingat, anda juga boleh mengumpul G-View sewaktu menonton untuk mendapatkan lebih banyak ganjaran. Bacalah mengenai initiatif ini di sini.

 
 
 

Comments


HOT TOPICS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

© 2014-2017 E-Sukan. All rights reserved

KOMUNITI DOTA 2 MALAYSIA

Who are we?

 

- We are bunch of ethusiasm e-sports & games lover

- We are from one of malaysia biggest dota 2 community!

- We want to expand our love in dota 2 e-sports with others type of game!

 

Why we build this site?

 

- We want to give malaysian all related news in esports!

- Because we love esports

 

If you have a news or tournament to share please contact us and we will news it for free

TWITTER
bottom of page