Team Secret Ubah Fikiran
- esukan
- Feb 12, 2016
- 1 min read

Team Secret yang sebelum ini menolak jemputan terus ke ESL One Manila telah mengubah keputusan mereka dan menerima jemputan ketiga daripada pihak penganjur. Ini bermakna, Secret akan hadir di ESL One Manila selaku pasukan jemputan bersama EHome dan Liquid.
ESL sebelum ini telah mengubah format pertandingan mereka daripada single elimination kepada peringkat kumpulan dan double elimination dengan menambah hari di dalam kalendar pertandingan
Keputusan Secret ini adalah berikutan daripada perubahan format yang dilakukan dan peminat-peminat di Filipina pastinya gembira dengan kehadiran bintang-bintang daripada pasukan ini
Berikutan daripada ini, jumlah slot yang diberikan kepada Asia Tenggara berkemungkinan akan dikurangkan kepada 1 berbanding 2 sebelum ini
Sumber: ESL
Comentários