5 Pemain Muda Dota 2 di Malaysia Yang Mempunyai Bakat Besar
- Firdaus "MasterRamen" Hashim
- Feb 10, 2016
- 2 min read

Malaysia mempunyai ramai pemain berbakat besar di arena antarabangsa dan pernah mencapai keputusan yang sangat membanggakan negara. Namun, pemain-pemain seperti Mushi, Chuan, Yamateh dan Xtinct boleh dikatakan pemain veteran di dalam arena e-sukan ini. Disini pihak esukan melihat dan meninjau bakat-bakat muda yang mempunyai potensi besar menjadi pemain disegani suatu hari nanti.
No 5 - Byron Young Meng Keen aka Syeonix

Sumber Gambar: G-Guard
Byron Young atau dikenali sebagai Syeonix merupakan nama yang tidak asing di Solo MMR Asia Tenggara. Beliau merupakan bekas pemain G-Guard dan bermain untuk RTT di Malaysia Cyber Games. Pasukan RTT memenangi tempat 3&4 di MCG yang lepas. Ketika ini beliau bermain untuk pasukan Warrior Gaming Unity yang telah menjadi juara di Pesta Selangor yang lepas. Beliau hanya berumur 18 tahun
No 4 - Jian Wei aka Xnova/Suffer

Sumber gambar: Jian wei
Yap Jian Wei hanya berusia 19 tahun dan merupakan ketua pasukan who2bet atau sekarang dikenali sebagai Wu.J. Kejayaan beliau membimbing pasukan Who2bet menjadi naib juara Malaysia Cyber Games membuktikan bahawa beliau mempunyai bakat besar yang belum diasah. Mengikut sumber tertentu, beliau menjadi rebutan beberapa pasukan sebelum membuat keputusan untuk kekal bersama Wu.J
No 3 - Lai Jay Soon aka AhJit

Sumber gambar: Ah jit
Lai Jay Soon mula dikenali ketika beliau bermain bersama pasukan K2.Apes. Berusia 18 tahun Ah jit telah berjaya mencipta nama bersama pasukan Who2bet semasa di Malaysia Cyber Games. Mempunyai cara pemainan yang agresif, Ah jit mula menjadi kerisauan pihak lawan dan ketika ini merupakan pemain Carry pasukan Wu.J
No 2 - Fadil Bin Muhammad Raziff - Kecik Imba

Sumber Gambar: Dota 2 Youtube
Fadil atau lebih dikenali sebagai Kecik Imba mula mencipta nama selepas diambil sebagai pemain gantian kepada Mushi ketika dahulu. Beliau seterusnya terus mengembangkan kerjaya di Invasion eSports dan seterusnya bermain untuk Fnatic sehingga The International 5. Digelar sebagai pemain yang mampu menggantikan Mushi pada masa hadapan, Kecik Imba ketika ini meneruskan kerjaya beliau bersama pasukan Mineski-X bersama Xtinct dan Winter. Kecik imba akan menyambut hari kelahiran ke 20 pada bulan March ini.
No 1 - YEIK NAI ZHENG aka MidOne

Sumber Gambar: MidOne
MidOne merupakan antara pemain Solo MMR terbaik di Asia Tenggara dan ketika ini bermain bersama pasukan terbaik Asia Tenggara iaitu Fnatic. Bakal berusia 20 tahun pada Jun ini, MidOne mula mencipta nama apabila pasukannya muncul juara di Mountain Dew Dota 2 iaitu pasukan DOT. MidOne kemudiannya memasuki Fnatic sebagai pemain simpanan sebelum menjadi pemain utama sebelum kelayakkan The Shanghai Major. Skill beliau tidak perlu diragui lagi dan bakal menajdi tonggak utama Fnatic.
Sumber gambar utama: Reddit
Comments