Na'Vi Kecundang. Taring & Fnatic teruskan kemaraan
- esukan
- Jan 9, 2016
- 1 min read

Peringkat kumpulan bagi pusingan kelayakkan The Shanghai Major telah berakhir semalam di mana Fnatic dan Taring berjaya mara ke peringkat kalah mati. Satu lagi pasukan daripada Malaysia iaitu Mineski-X terpaksa akur kepada pasukan MVP.Phoenix di tie breakers selepas berkongsi mata 5 mata selepas peringkat kumpulan tamat
Di peringkat kalah mati, Fnatic akan bertemu Taring pada jam 11 pagi ini manakala First Departure bertemu MVP.Phoenix. Format peringkat ini adalah Double Elimination.

Harapan peminat Na'vi untuk melihat Dendi kembali ke pertandingan Major berkecai setelah Na'vi akur kepada peraturan Head to Head kepada Empire. Na'vi mempunyai 5 mata sama dengan Empire namun Na'vi tewas 2-0 kepada Empire sebelum ini. Oleh tiu, Empire mara dan Na'vi tersingkir

Pusingan kelayakkan di China memperlihatkan kehebatan pasukan muda dan baru daripada China. Two pasukan muda CDEC.Avenger dan IG.Vitality berjaya mara ke peringkat kalah mati mengatasi pasukan-pasukan yang jauh lebih veteran.

Pusingan kelayakkan bagi Amerika masih lagi berlangsung ketika ini
Sumber: http://wiki.teamliquid.net/dota2/Shanghai_Major/2016/Main_Qualifiers
Comments