Mineski Wakil Tunggal Asia Tenggara di MDL Winter 2015
- esukan
- Jan 26, 2016
- 1 min read

Mars TV Dota 2 League Winter 2015 akan bermula esok di mana 10 pasukan terbaik dunia akan berentap bagi merebut hadiah wang tunai lebih daripada 270,000 USD ~ RM 1,200,000. Pasukan-pasukan seperti EG, Secret, Ehome dan OG pastinya akan memberikan para penonton perlawanan yang hebat. Mineski merupakan satu-satunya wakil Asia Tenggara di dalam pertandingan ini.
Fnatic tidak bertanding di peringkat kelayakkan yang hanya menampilkan 4 pasukan sahaja.

Peringkat kumpulan akan bermula esok di mana round robin best of 2 akan digunakan. Kumpulan A merupakan kumpulan maut setelah EG, VG dan OG diundi bersama.

Mampukah Mineski pergi jauh di dalam MDL 2015? Mari kita berikan sokongan kepada pasukan Asia Tenggara esok!
Sumber: http://wiki.teamliquid.net/dota2/MarsTV_Dota_2_League/2015/Winter
Comentários