Boba Marines Kuasai Pusingan Pertama King of SEA
- esukan
- Jan 26, 2016
- 1 min read

Garena telah memperkenalkan pertandingan berkonsep baru iaitu King of SEA yang menampilkan pasukan-pasukan handalan daripada Malaysia, Singapura, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Thailand. Format yang digunakan juga berbeza dimana pasukan yang menang akan digelar King dan akan dicabar oleh pasukan-pasukan lain sehingga tamat.
Hadiah juga bergantung kepada jumlah kemenangan yang diperolehi dan Boba Marines telah menyapu bersih semua perlawanan di pusingan pertama dan akan bertemu lawan terakhir mereka iaitu Kanaya pada 27 Jan ini. Ini bermakna Boba Marines telah mengutip sekurang-kurangnya 2,000USD setakat ini.
Match 1: Bangkok Titans (Thailand) vs Boba Marines (Vietnam) Date: Tue, 12 Jan, 6pm GMT +8 Winner: Boba Marines (L-W-L-W-W) Link: VOD Match 2: Boba Marines vs Kuala Lumpur Hunters (Malaysia) Date: Wed, 13 Jan, 6pm GMT +8 Winner: Boba Marines (W-W-W) Link: VOD Match 3: Boba Marines vs Mineski (Philippines) Date: Thu, 14 Jan, 6pm GMT +8 Winner: Boba Marines (W-W-W) Link: VODs - Game 1, Game 2, Game 3 Match 4: Boba Marines vs Corvus (Singapore) Date: Wed, 20 Jan, 6pm GMT +8 Winner: Boba Marines (W-L-W-W)
Link: VOD
Pasukan daripada Malaysia KL Hunters tidak mampu memberikan saingan hebat kepada Boba Marines apabila tewas 3-0 di tangan pasukan handalan Vietnam itu. Pusingan kedua King of SEA dijangka akan bermula pada 28 Jan ini.
Sumber: http://lol.garena.com/news/esports/who-will-reign-king-sea, http://forum.lol.garena.com/showthread.php?85265-King-of-SEA-schedule-and-links
Comments