James '2GD' Harding Jadi Host di Shanghai Major. Redeye kecewa tidak dijemput
- esukan
- Jan 22, 2016
- 1 min read

The Shanghai Major akan bermula pada awal March ini dan topik siapakah yang akan menjadi pengacara utama menjadi hangat di Reddit. Pada mulanya, Redeye melahirkan rasa kekecewaan beliau apabila tidak dijemput ke Shanghai Major sebagai pengacara. Nahaz juga menerima nasib yang sama dengan Redeye. Redeye dan Nahaz merupakan antara individu utama di Ti5 dan The Frankfurt Major

Walau bagaimanapun, James '2GD' Harding telah membuat pengumuman bahawa beliau akan kembali semula sebagai pengacara dan telah dijemput untuk ke Shanghai Major. 2GD merupakan pengacara utama sejak Ti1 hingga Ti4 namun beliau digantikan dengan Redeye di Ti5
Pengumuman beliau mendapat pelbagai reaksi di reddit dan ramai yang gembira dengan kemunculan semula 2GD ke pertandingan anjuran Valve

Senarai penuh pengulas dan pengacara masih belum diumumkan secara rasmi
Comments