Ranking Pasukan Malaysia Bagi Dota 2, LoL, CSGO dan Hearthstone (Gosugamers Ranking)
- esukan
- Dec 22, 2015
- 1 min read

Mari kita lihat kedudukan pasukan-pasukan terbaik Malaysia di dalam 4 kategori e-sukan iaitu Dota 2, LoL, CSGO dan Hearthstone. Maklumat yang diambil hanyalah berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh Gosugamers.net yang merangkumi 4 jenis permainan.
Dota 2
Pasukan Fnatic masih merupakan pasukan terbaik Malaysia dan juga pasukan No 1 di Asia Tenggara. Menurut ranking Gosugamers, Fnatic merupakan pasukan ke 16 terbaik di dunia
League of Legends
Kuala Lumpur Hunters merupakan pasukan terbaik LoL di Malaysia. Namun, pasukan tersebut tidak tersenarai di dalam 62 pasukan terbaik di Gosugamers. Ini adalah kemungkinan tidak banyak permainan yang dimainkan oleh KLH masuk ke dalam match ticker di Gosugamers.

CSGO
MVP Karnal kekal pasukan terbaik Malaysia di Gosugamers dan ketika ini merupakan pasukan no 44 di Asia dan 136 di dunia.

Hearthstone
Chongger yang merupakan salah satu pemain di WCA merupakan pemain terbaik Malaysia bagi Hearthstone. Beliau ketika ini berada di ranking 9 Asia dan 49 dunia.
Setakat ini masih belum ada pasukan Heroes of the Storm daripada Malaysia yang mempunyai rekod permainan di Gosugamers
Sumber: Gosugamers
تعليقات