Playpark Esports RM 450,000 Acara E-Sukan terbesar bagi 2015
- esukan
- Dec 22, 2015
- 1 min read
Playpark Esports akan mengadakan pertandingan E-Sukan terbesar di Malaysia pada 2015 dengan hadiah terkumpul sebanyak RM 450,000 pada 24 -27 Disember 2015 di Mid Valley Exhibition Centre. Terdapat 4 acara yang bakal dipertandingkan iaitu MAT, Heroes of the Storm, XDOMC dan Special Force 2.

Jumlah hadiah ini mengatasi hadiah yang dipertandingkan di Malaysia Cyber Games 2015 iaitu RM 300,000.




Pelbagai aktiviti juga dirancang selain daripada pertandingan seperti Lucky Draw, MAT2 Giveaway, Heroes of the Storm Art Contest, SDO-X showcase and Destiny of Thrones Challenge. Selain itu, penganjur juga akan mengadakan Kutipan derma barangan permainan untuk didermakan kepada anak-anak yatim yang terpilih.

Layari laman web playpark untuk maklumat lanjut
Comments