Allegiance Juara di AVA Premier Cup RM 60,000
- esukan
- Dec 22, 2015
- 1 min read

Pertandingan AVA Premier Cup telah berakhir pada Ahad lepas di mana pasukan Allegiance daripada Singapura telah berjaya menjadi juara dan membawa pulang RM 30,000. Jumlah hadiah keseluruhan yang ditawarkan adalah RM 60,000 dan 4 pasukan handalan daripada pusingan kelayakkan telah bersaing di Garena Cyber Games 2015
Di perlawanan akhir, Allegiance telah menewaskan saingan daripada M-YOLO daripada Malaysia sekaligus menafikan kejuaraan kepada pasukan Malaysia. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan
Champion: Allegiance (Singapore) - RM 30,000
1st Runner Up: M-YOLO (MY) - RM 15,000
2nd Runner Up: KLS.Team (MY) - RM 7,500
2nd Runner Up: Grandiose (SG) - RM 7,500
Ulangan pertandingan boleh ditonton disini
Bracket

Di peringkat separuh akhir, Allegiance telah bertemu dengan pasukan Grandiose manakala M-YOLO bertemu KLS.Team. Juara Singapura dan Malaysia kemudiannya bertemu di perlawanan akhir yang menyaksikan pasukan Singapura menjadi juara.
AVA Premier Cup ini tidak berakhir di sini. 2016 akan menyaksikan lebih banyak pertandingan dirancang oleh Garena.

Photo Gallery by GM Alexo
Layari laman web AVA untuk maklumat lanjut
Комментарии