Kuala Lumpur Hunters Juara TLC Malaysia 2015
- esukan
- Dec 21, 2015
- 1 min read

The Legend Circuit Malaysia Winter Season telah berakhir semalam di mana pasukan pilihan Kuala Lumpur Hunters berjaya merangkul kejuaraan setelah menewaskan Dulcet Essence 3-1. Pertemuan dua pasukan ini dinanti-nantikan oleh ramai peminat League of Legends kerana Dulcet Essence diketuai oleh bekas pemain utama Kuala Lumpur Hunters iaitu JaeYoongJo

Kejutan yang diharapkan tidak berlaku dan Kuala Lumpur Hunters sekali lagi membuktikan bahawa mereka adalah pasukan terhebat LoL di Malaysia. Tempat ketiga telah dimenangi oleh Orange Esports yang menewaskan Mystic Gaming
Bracket

Garena Cyber Games yang diadakan di Comic Fiesta telah berjaya mendapat sambutan hangat di kalangan peminat LoL di Malaysia.
Photo gallery taken by Mervyn Lai
Tahniah diucapkan kepada pasukan Kuala Lumpur Hunters dan juga Garena di atas acara yang sangat berjaya!
Source: Mervyn Lai & Garena
Comentários