Secret dan Fnatic Bertemu Lagi di WCA 2015, China
- esukan
- Dec 17, 2015
- 1 min read

Ini bukanlah kali pertama Fnatic diundi bersama Secret di dalam pertandingan antarabangsa dan kali ini World Cyber Arena 2015 di Yingchuan, China akan menyaksikan pertemuan semula Fnatic dan Secret. Pertandingan yang menawakan hadiah 650,000 USD ini menampilkan 16 pasukan daripada seluruh dunia yang telah berjaya melayakkan diri atau yang dijemput secara terus oleh pihak penganjur
Kumpulan yang bertanding




Terdapat 4 pasukan daripada Asia Tenggara yang bertanding iaitu Fnatic, MVP Phoenix, TNC dan Execration. Ketiadaan EG, OG dan VP pastinya membuka ruang kepada pasukan lain menonjolkan kebolehan mereka. Secret merupakan pasukan pilihan pertama di dalam pertandingan ini.
6.86 telah dikeluarkan oleh Valve hari ini dan WCA pastinya akan merasakan kesan besar di dalam pertandingan mereka. Ini merupakan pertandingan Lan pertama yang akan bermain menggunakan update terbaru dan pastinya membuka lebih ruang kepada pasukan-pasukan bukan pilihan membuat kejutan ke atas pasukan pilihan.
Siapakah yang akan membawa pulang 650,000USD yang ditawarkan oleh WCA? Mari kita saksikan pertandingan ini yang akan di ulas secara langsung oleh Joindota Studio.
Comments