Search
Panglima Mengganas Lagi! Layak ke BTS SEA #2. Redemption turut layak
- esukan
- Nov 24, 2015
- 1 min read

Panglima sekali lagi membuktikan bahawa mereka pasukan yang harus digeruni apabila menjuarai peringkat kelayakkan BTS SEA #2 yang menawarkan 10,000USD sebagai hadiah. 16 pasukan terbaik Asia Tenggara akan bersaing bagi membuktikan kehandalan mereka. Ini merupakan siri kedua BTS Cup yang dianjurkan oleh Beyond The Summit
Panglima telah menewaskan pasukan Redemption di perlawanan akhir bagi merebut slot Qualifier 1 manakala Redemption walaupun tewas tetap layak ke peringkat utama. Ini menjadikan 4 pasukan daripada Malaysia akan bersaing di peringkat utama menyertai Fnatic dan SatuDuaTiga

Semoga berjaya kepada Panglima dan Redemption!
Sumber: Faceit
Comments