top of page
Search

Team Secret Datang ke Malaysia Untuk Malaysia Cyber Games Pada 13 Disember!

  • esukan
  • Nov 22, 2015
  • 1 min read

Peminat-peminat Dota 2 di Malaysia! Inilah saat yang anda nanti-nanti! Pasukan Dota 2 terbaik di dunia iaitu Secret akan datang ke Malaysia bagi acara esports terbesar iaitu Malaysia Cyber Games pada 13 Disember 2015 (Ahad)

Pasukan Secret akan membuat kemunculan di hari terakhir Malaysia Cyber Games 2015 yang akan berlangsung bermula 11-13 Disember ini. Terdapat pelbagai acara akan diadakan bersama-sama pasukan Secret yang pastinya akan membuatkan anda ternanti-nanti!

Pihak penganjur akan mengadakan 10 vs 10 showmatch bersama pasukan Secret di mana Juara Malaysia Cyber Games aka Taring, 5 peminat bertuah dikalangan penonton dan 5 pemain Dota 2 yang telah tewas akan bermain bersama di dalam showmatch tersebut. Pemilihan akan dibuat secara rawak oleh Host pertandingan semasa acara tersebut dijalankan! Acara ini adalah sama seperti 10 v 10 allstar showmatch yang diadakan di The International 5

Peminat juga pastinya akan berpeluang untuk mendapatkan autograph pemain-pemain Secret di booth Autograph yang disediakan oleh pihak penganjur. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan tandatangan idola anda dan peluang ini jarang sekali ada terutama bagi peminat di Malaysia

Bagi yang mempunyai wang yang lebih, tiket SVIP membolehkan anda mengakses International Player Lounge dan anda boleh membuat sesi Meet & Greet dengan pemain Secret pada waktu-waktu yang ditetapkan! Inilah peluang anda bagi bergambar dan berborak dengan pemain Secret secara lebih dekat!

 
 
 

Comments


HOT TOPICS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

© 2014-2017 E-Sukan. All rights reserved

KOMUNITI DOTA 2 MALAYSIA

Who are we?

 

- We are bunch of ethusiasm e-sports & games lover

- We are from one of malaysia biggest dota 2 community!

- We want to expand our love in dota 2 e-sports with others type of game!

 

Why we build this site?

 

- We want to give malaysian all related news in esports!

- Because we love esports

 

If you have a news or tournament to share please contact us and we will news it for free

TWITTER
bottom of page