The Frankfurt Major, OG Cipta Kejutan. Secret Mara Ke Final
- esukan
- Nov 21, 2015
- 1 min read

The Frankfurt Major semalam menyaksikan perlawanan-perlawanan sengit dan mendebarkan antara 4 pasukan terbaik pertandingan. Perlawanan antara Secret vs EG pastinya menjadi bualan ramai kerana aksi yang sangat menghiburkan telah dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan.
EG dan Secret nampak seimbang namun kehebatan Puppey dalam mengatur perancangan akhirnya membuahkan hasil di perlawanan ketiga. Perlawanan pertama pastinya paling dikenang oleh peminat dota 2 di mana Eternal Envy telah menggunakan dua Divine Rapier sekaligus membawa kemenangan kepada Secret. Taktik yang sama digunakan oleh Secret di perlawanan kedua namun EG telah mempunyai penyelesaian dan dengan mudah memenangi perlawanan kedua.
Perlawanan seterusnya menemukan pasukan OG dengan satu-satunya wakil China iaitu Ehome. Ehome pada mulanya menunjukkan penguasaan namun, OG bangkit dengan pemainan hebat oleh Miracle- sekaligus menyingkirkan China daripada kelompok tiga teratas
Hari ini merupakan hari terakhir The Frankfurt Major di mana OG akan bertemu EG pada jam 5.30petang dan seterunya pemenang akan bertemu Secret pada jam 9.30malam. Pastikan anda menontonnya di Astro Channel 808!

Credit: Wykrhm Reddy
Comentários