Lebih 500 pasukan Dota 2 Mendaftar di Malaysia Cyber Games. Terbesar di dalam sejarah pertandingan d
- esukan
- Nov 18, 2015
- 1 min read

Malaysia Cyber Games 2015 merupakan acara terbesar di dalam kalendar e-sukan di Malaysia yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM 300,000 kepada pemain-pemain tempatan. Dota 2 merupakan acara utama bagi pertandingan ini dengan hadiah RM 200,000 dan pencarian pasukan bagi mewakili negara iaitu TARING.
Pendaftaran bagi peringkat kelayakkan Malaysia Cyber Games telah mengatasi rekod AVF Gaming Freak di mana 534 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Pusingan kelayakkan bagi Sabah & Sarawak telah berlangsung pada 14-15 Nov lepas dan 4 pasukan telah berjaya melayakkan diri ke Final di Stadium Negara 12-13 Disember ini.
Pusingan kelayakkan bagi Peninsular Malaysia akan berlangsung pada hujung bulan ini iaitu 28-29 Nov ini di mana 60 pasukan terbaik akan mendapat peluang beraksi di Final!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pendaftaran bagi Peninsular Malaysia masih dibuka dan akan ditutup pada 26 November ini
Comments