Fnatic Pulang Awal Di The Frankfurt Major
- esukan
- Nov 17, 2015
- 1 min read

Perjalanan pasukan harapan daripada Malaysia iaitu Fnatic terkandas lagi apabila tewas di tangan OG di lower bracket The Frankfurt Major awal pagi tadi. Prestasi Fnatic yang tidak konsisten sebelum ini telah dihukum oleh OG di dalam perlawanan BO1 yang pastinya lebih sukar berbanding peringkat kumpulan.
Fnatic terpaksa berpuas hati di tempat 13-16 dan membawa pulang 30,000USD sahaja. The Frankfurt Major menawarkan hadiah sebanyak 3,000,000 USD keseluruhan. Keputusan ini adalah sama dengan pencapaian mereka di The International 5 apabila mereka tumpas di tangan VP di lower bracket
Keputusan ini pastinya mengecewakan ramai peminat di Malaysia yang mengharapkan peningkatan daripada idola mereka. Lebih memeranjatkan Mineski dan unknown yang merupakan pasukan yang baru meningkat menunjukkan pretasi yang lebih baik berbanding Fnatic.
Bracket (Credit to Wykhrm Reddy)

Draft Game

Result


Apakah yang akan berlaku kepada Fnatic selepas ini? Valve hanya memberikan masa 2 minggu bagi semua pasukan sekiranya ingin melakukan perubahan pemain.
Comentarios