Johnny Revenge Ratah Ex Arrow di Cyberfusion Dota 2
- esukan
- Nov 16, 2015
- 1 min read

Pertandingan Cyberfusion Dota 2 telah berakhir semalam di mana pasukan Johnny Revenge telah berjaya merangkul kejuaraan setelah meratah pasukan Ex Arrow (Redemption) di perlawanan akhir. Sebanyak 16 pasukan bertanding pada siri kali ini yang menawarkan hadiah RM 8,950 wang tunai dan pelbagai barangan gaming kepada para pemenang
Menggunakan format double elimination, Johnny Revenge telah menyingkirkan Ex Arrow ke loser bracket dan juga Underminer di akhir Winner bracket. Ex Arrow walaubagaimanapun, bangkit di loser bracket untuk menempah tiket diperlawanan akhir.
Pertemuan buku dengan ruas ini bagaimanapun berakhir dengan perlawanan berat sebelah apabila Johnny Revenge dengan mudah menewaskan Ex Arrow buat kali kedua di dalam pertandingan ini.



Sumber gambar: The Janda Hunter
Comments