top of page
Search

Mineski Mengganas, Fnatic Mengecewakan di The Frankfurt Major

  • esukan
  • Nov 15, 2015
  • 1 min read

The Frankfurt Major merupakan pertandingan Major Dota 2 yang pertama diadakan dan menawarkan hadiah 3,000,000USD kepada para pemenang. Peringkat kumpulan telah pun berakhir pagi tadi di mana 8 pasukan telah menempatkan diri ke peringkat Upper bracket manakala 8 pasukan lagi terpaksa bersaing di lower bracket

Fnatic daripada Malaysia bersaing di kumpulan maut apabila ditempatkan bersama Juara TI5 iaitu EG, VP dan juga Juara TI4 Newbee. Prestasi Fnatic di peringkat kumpulan ternyata mengecewakan ramai peminat Fnatic. Fnatic akan bertemu dengan satu lagi pasukan handalan Eropah iaitu OG (monkey business) di lower bracket. Lower bracket merupakan pusingan penyingkiran dan hanya bermain dengan format BO1. Di atas kertas OG nampak jauh lebih handal berbanding Fnatic namun diharapkan Fnatic mampu bangkit dan mencipta kejutan.

Prestasi juara peringat kelayakkan Asia Tenggara iaitu Mineski ternyata berbeza. Sebelum The Frankfurt Major, Mineski telah beberapa kali membuktikan bahawa mereka adalah pasukan No 1 di Asia Tengara. Momentum ini ternyata dibuktikan sekali lagi di Frankfurt Major apabila Mineski berjaya mencuri tempat di Upper bracket. Bermula dengan kejutan menewaskan Alliance 2-0, langkah Mineski tidak terhenti disitu apabila dengan gayanya meratah EHOME 2-0 sekaligus menamatkan peringkat kumpulan ditempat kedua. Lawan Mineski di upper bracket adalah Secret dan pastinya ramai menjangkakan Mineski akan mencipta kejutan sekali lagi

Mampukah Fnatic kembali bangkit dan memberikan semula keyakinan kepada peminat mereka? Marilah kita sama-sama menyokong Fnatic dan Mineski di dalam perjuangan mereka di The Frankfurt Major!

 
 
 

Comments


HOT TOPICS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

© 2014-2017 E-Sukan. All rights reserved

KOMUNITI DOTA 2 MALAYSIA

Who are we?

 

- We are bunch of ethusiasm e-sports & games lover

- We are from one of malaysia biggest dota 2 community!

- We want to expand our love in dota 2 e-sports with others type of game!

 

Why we build this site?

 

- We want to give malaysian all related news in esports!

- Because we love esports

 

If you have a news or tournament to share please contact us and we will news it for free

TWITTER
bottom of page