Peminat Dota 2 Kembali Menghantui Facebook Astro
- esukan
- Nov 9, 2015
- 1 min read

Peminat - peminat Dota 2 sekali lagi membuat permintaan secara beramai-ramai di facebook Astro agar Astro menayangkan pertandingan The Frankfurt Major yang akan berlangsung pada 13 November sehingga 21 November ini. 16 Pasukan terbaik dunia akan beraksi di Frankfurt bagi merebut wang tunai 3,000,000USD.
Malaysia diwakili oleh pasukan Fnatic yang berjaya melayakkan diri ke peringkat utama setelah menamatkan peringkat kelayakkan Asia Tenggara di tempat kedua.

Antara post yang dibuat oleh para peminat di Facebook Astro. Astro yang sebelum ini menayangkan The International 5, World Championship 2015, WCS Starcraft II dan WCS Hearthstone telah menjadi tumpuan utama peminat e-sukan di Malaysia. Setakat ini, masih belum ada pengumuman rasmi daripada Astro sama ada The Frankfurt Major akan ditayangkan atau tidak

留言