Dapatkan tiket Percuma ke Malaysia Cyber Games 2015!
- esukan
- Nov 9, 2015
- 1 min read

Malaysia Cyber Games 2015 akan berlangsung pada 11-13 Disember ini di Stadium Malawati, Shah Alam di mana wang tunai sebanyak RM 300,000 menjadi rebutan pasukan yang bertanding. Setakat semalam, sebanyak 307 pasukan semenanjung, 85 Sabah & Sarawak telah mendaftar bagi kategori Dota 2. Ini merupakan penyertaan pasukan pertandingan Dota 2 yang terbanyak di Malaysia.
Fifa 16 telah mencatakan lebih 500 pendaftaran dan 221 pemain telah mengesahkan pendaftaran mereka. Bagi acara CSGO pula, 32 pasukan telah mendaftar dan mengesahkan penyertaan mereka. Terdapat banyak permintaan untuk menambah bilangan pasukan bagi CSGO dan perkara ini masih di dalam pertimbangan pihak penganjur. Ultra Stree Fighter IV pula mencatat penyertaan sebanyak 27 pemain.
Selain itu, Pihak penganjur juga telah membuka tiket percuma kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan Malaysia Cyber Games. Dikhabarkan, akan ada pemain-pemain dari luar negara yang akan dijemput bagi memeriahkan lagi pertandingan ini. Setakat ini, tiada maklumat terperincin mengenai siapakah pemain yang akan hadir ke stadium pada 11-13 Disember ini

Peringkat kelayakkan bagi Sabah & Sarawak akan bermula pada hujung minggu ini. 4 pasukan terbaik akan ditaja untuk ke Shah Alam bagi menyertai peringkat utama Dota 2. Ini merupakan pertandingan Dota 2 tempatan pertama yang menaja pasukan Sabah & Sarawak ke peringkat akhir.
Comments