TGV World Championship Tiket Habis Dijual di 4 Negeri
- esukan
- Oct 16, 2015
- 1 min read

Garena dan TGV Viewing Party aka Pubstomp telah berjaya menarik ramai peminat League of Legends ke pawagam apabila tiket bagi 11 halls telah habis dijual. World Championship 2015 Viewing Party ini adalah untuk menyaksikan perlawanan akhir yang akan berlansung pada 31 Oktober 2015 bermula jam 7 petang.
Pada permulaan hanya 1 hall dibuka di 4 cawangan TGV iaitu 1 utama, 1st Avenue, Station 18 dan Tebrau. Namun, sambutan hangat yang diterima akhirnya TGV telah membuka 6 halls di 1 Utama, 2 halls di 1st Avenue dan 2 halls di Tebrau.
Kejayaan Garena dan TGV ini telah melepasi pencapaian yang dicapai oleh Komuniti Dota 2 di mana hanya 6 halls sahaja dibuka di 1 Utama untuk Pubstomp TI5 Final
Selain itu, Garena juga memberikan skin kepada pembeli yang membeli tiket awal

Tahniah diucapkan kepada Garena dan TGV di atas kejayaan mereka!
コメント