Fnatic Bertemu Secret di ESL One New York
- MasterRamen
- Sep 28, 2015
- 1 min read

Kalendar Dota 2 bermula dengan ESL One New York yang merupakan acara Lan besar pertama yang diadakan selepas The International 5. Pertandingan ini akan berlangsung pada 3-4 Oktober 2015 di Madison Square Garden New York dan menawarkan hadiah 250,000USD. 8 pasukan terbaik dunia akan berentap bagi merebut kejuaraan
Perlawanan pembukaan akan menyaksikan Fnatic bertemu Secret di dalam best of 3 Single Elimination. Ini merupakan kali kedua pasukan ini bertemu di peringkat awal di ESl One. Sebelum ini, Secret menang bertemu Fnatic di ESL One Frankfurtz.

Pertemuan jaguh Eropah dan Asia Tenggara ini pastinya dinanti-nantikan oleh semua peminat Dota 2. Fnatic yang kembali dengan pertukaran 3 pemain menunjukkan prestasi yang baik kebelakangan ini. Secret yang kehilangan 4 pemain bintang mereka juga ingin membuktikan bahawa barisan baru mereka sama hebat seperti pasukan terdahulu
Mampukah Fnatic menewaskan Secret pada kali ini? Jangan lupa untuk menyaksikan ESL One New York pada hujung minggi ini!
Sumber: teamliquid, wykhrm reddy
Comments