Detik Malang Buat Malaysia. Tiada Pemain Malaysia di Hearthstone SEA World Championship
- MasterRamen
- Sep 14, 2015
- 1 min read

Kecewa dan sedih itulah yang dapat digambarkan bagi pemain dan peminat Hearthstone di Malaysia apabila 3 wakil Malaysia di Asia Tenggara top 40 gagal melayakkan diri ke Hearthstone World Championship SEA di Filipina 20 September ini.
Malaysia diwakili oleh 3 pemain terbaik negara iaitu Akisera, Chonger dan Sel namun mereka gagal untuk menempatkan diri dikalangan 8 terbaik bagi merebut tiket ke Filipina. Pertandingan Hearthstone World Championship SEA menawarkan hadiah bernilai 25,000 USD keseluruhan

Akisera dan Chonger dikecewakan oleh lawan yang sama iaitu Blight daripada Singapura. Bracket pertandingan boleh dilihat di SINI
Venue pertandingan akhir akan diadakan di Meralco Theatre in Pasig City, Philippines pada 20 September ini yang mampu memuatkan 1,000 penonton.

Selain itu, 3 pengulas popular di Hearthstone iaitu Azumoqt, DoA dan Papasmithy akan hadir memberikan ulasan mereka semasa pertandingan berlangsung!
Jadual perlawanan adalah seperti berikut
8 pemain yang telah layak ke peringkat final adalah chungfr (SG), Silentstorm (SG), APU.Charge (VN), neilyo_hs (VN), Chalk (PH), WaningMoon (PH), TaeyeonK (VN), pewpewurface (SG)
Sumber: Hearthstone
Comentarios