Malaysia Cyber Games 2015 Dilancarkan
- MasterRamen
- Sep 10, 2015
- 1 min read

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah melancarkan pertandingan Malaysia Cyber Games yang akan diadakan pada 11-13 Disember 2015 di Stadium Malawati, Shah Alam. Pelancaran MCG 2015 telah berlansung hari ini di Lobby Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Precint 4, Putrajaya
Berita TV1
Pertandingan Dota 2 akan dianjurkan di Malaysia Cyber Games 2015 di mana peringkat kelayakkan akan diadakan secara Online. 8 Pasukan terbaik di Malaysia akan mara ke peringkat akhir di Stadium Malawati, Shah Alam pada 11-13 Disember 2015

Tujuan Malaysia Cyber Games 2015 diadakan adalah untuk mencari bakat di Malaysia bagi menubuhkan pasukan TARING yang akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa
Selain itu, pelbagai exhibitor akan diadakan semasa berlangsungnya Malaysia Cyber Games bagi memperkenalkan esports kepada para pengunjung. Maklumat terperinci mengenai MCG 2015 masih belum diumumkan oleh pihak penganjur

Dari kiri Faisal Ariffin (host esports), Adam Shah (Pemain 123), Ken Chai (Fallout Gaming), Rafe Daniels (Fallout Gaming), Mushi (Fnatic), Ahmad Syazwan (Fnatic), Oling (Esports Manager)
Sumber: Malaysia Cyber Games
Comments