Gaming Paradise: Passport Pemain diambil Polis Kerana Isu Bayaran Hotel
- MasterRamen
- Sep 8, 2015
- 1 min read

Gaming Paradise yang sebelum ini telah membatalkan pertandingan Dota 2 telah membatalkan pertandingan CSGo yang sedang berlangsung ketika ini. Terdapat pelbagai masalah lain yang lebih kritikal berlaku seperti passport pemain ditahan polis kerana penganjur tidak membayar duit hotel dan makanan. Selain itu, 3 pemain Titan dilaporkan sakit dan terpaksa dihantar ke Hospital untuk rawatan
Lebih menrunsingkan 3 pasukan yang dijadualkan terbang ke ESL Invitation Dubai, mengalami masalah untuk ke sana berikutan daripada penahanan passport. Pihak ESL memberi jaminan bahawa akan membantu sebanyak mungkin untuk memastikan pasukan dapat hadir ke Dubai
Passport pemain telah dikembalikan oleh polis kepada pemain kerana isu ini tidak berkaitan dengan mereka.





Sumber terbaru mengatakan bahawa para pemain ingin pertandingan diteruskan dan kontrak baru ditandatangani antara pemain dan penganjur


Comments