Malapetaka! Gaming Paradise Dota 2 Dibatalkan
- MasterRamen
- Sep 7, 2015
- 1 min read

Pertandingan Gaming Paradise Dota 2 telah dibatalkan oleh pihak penganjur 3 hari sebelum pertandingan dijadualkan berlangsung. Pengumuman ini pada mula diceritakan di Reddit dan pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan mereka secara rasmi.
Kenyataan Gaming Paradise

Gaming Paradise Dota 2 menawarkan hadiah bernilai 50,000USD kepada pasukan yang bertanding. Pertandingan ini mendapat perhatian ramai kerana akan menampilkan pasukan-pasukan Dota 2 di Eropah yang baru selesai tempoh perpindahan pemain.
Pasukan yang bertanding
Virtus.pro
Ninjas in Pyjamas
4 Clover & Lepricon
Golden Boys
Secret
Complexity
Monkey Freedom Fighters
Arcade.PowerRangers
Secret juga ada membuat pengumuman rasmi mengenai pembatalan pertandingan Dota 2

Gaming Paradise 2015 turut menganjurkan pertandingan CSGO yang sedang berlangsung ketika ini. Terdapat pelbagai drama pada hari pertama yang menyaksikan pertandingan lewat selama 12 jam dan stream yang tidak stabil. Antara kisah yang hangat diperkatakan adalah PC yang dibawa tidak mempunyai Graphic Card yang menjadi punca utama kelewatan - Sumber
留言