Fnatic, VP, Secret, CDEC, LGD, VG Di Jemput ke Nanyang Championship (200,000USD), Singapore
- MasterRamen
- Sep 7, 2015
- 1 min read

Pertandingan Nanyang Championship yang merupakan pertandingan Dota 2 terbesar di Asia Tenggara telah mengumumkan 6 pasukan yang dijemput secara terus iaitu Fnatic, VP, Secret, CDEC, LGD dan VG. Sebanyak 200,000USD ditawarkan sebagai hadiah kepada para pemenang. Nanyang Championship akan berlangsung pada 26 October- 1 November di Suntec Convention, Singapore
10 pasukan terbaik dunia akan berentap di Nanyang Championship di mana 4 lagi pasukan akan ditentukan oleh pusingan kelayakkan daripada setiap region iaitu China, America, SEA dan Eropah
Format pertandingan akan bermula dengan peringkat kumpulan di mana 10 pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Bo2 round robin akan digunakan pada peringkat kumpulan. 2 teratas akan mara ke winner bracket manakala 3&4 mara ke loser bracket. Tempat ke-5 akan tersingkir daripada saingan
Peringat playoff akan menggunakan format double elimination di mana round 1 dan 2 bagi loser bracket adalah best of 1. Pertandingan akhir akan berlangsung pada 1 Nov best of 5 tanpa kelebihan kepada winner bracket.

Bracket bagi pusingan kelayakkan America telah di keluarkan melalui gosugamers
Sumber: Nanyang
Comments