Kyxy & Johnny Sah Sertai Pasukan Baru
- MasterRamen
- Sep 2, 2015
- 1 min read

Sebelum ini, ramai yang masih tertanya-tanya pasukan manakah yang akan disertai oleh Kyxy, Johnny dan Kecik imba. Menurut sumber yang diperolehi, Kyxy & Johnny telah sah menyertai pasukan baru setelah nama mereka berdaftar di pendaftaran pemain bagi Major.
Kyxy akan menyertai pasukan baru iaitu ThundeRobot Gaming bersama dengan 4 lagi pemain muda daripada China. Masih belum ada pengumuman rasmi dibuat oleh kyxy berkenaan dengan penubuhan pasukan ini.

Johnny pula telah sah akan menyertai pasukan no 3 terbaik di Malaysia iaitu Who2bet yang baru sahaja mendapat tempat kedua di SEAC Grand Final. Penyertaan Johnny ini mengimbau kenangan semasa Arrow di mana beliau menyertai pasukan tersebut dan seterusnya membawa Arrow ke Ti4. Adakah dengan kemasukkan Johnny ke dalam Who2Bet akan mengulangi semula pencapaian yang pernah dilakukan beliau? Who2Bet merupakan pasukan muda yang sedang meningkat yang diterajui oleh Nara.

Sehingga kini, Kecik Imba masih belum didaftarkan ke dalam mana-mana pasukan. Kemanakah hala tuju beliau?
Selain itu, bekas pemain G-Guard dabeliuteef (JunLiong Loh) telah sah menyertai pasukan Filipina MSIEVOGT.
Sumber: Dota2.com
Comments