Kemana mereka? Nasib bekas pemain Fnatic
- MasterRamen
- Aug 30, 2015
- 1 min read

Ya. Anda mungkin tertanya-tanya apakah nasib 3 bekas pemain Fnatic setelah disingkirkan oleh Fnatic. Fnatic yang sebelum ini dibarisi oleh 5 pemain Malaysia pada mulanya mendapat sanjungan tinggi kerana semangat kenegaraan yang ada bagi mengharumkan nama negara di The International 5
Namun, prestasi dan pencapaian mereka di The International 5 boleh dikatakan sangat mengecewakan dan jauh daripada prestasi sebenar mereka. Lanjutan daripada itu, Fnatic membuat perubahan besar dengan menyingkirkan Kyxy, Johnny dan Kecik Imba. Penyingkiran Kecik Imba mendapat pelbagai reaksi di mana ramai yang terkilan kerana beranggapan Mushi akan terus mendidik Kecik Imba.
Sehingga kini, ketiga-tiga pemain ini tidak mempunyai pasukan atau membuat sebarang pengumuman mengenai nasib mereka. Kyxy pernah berkata bahawa beliau akan tetap bermain dan sedang mencari pasukan. Ada yang mengatakan beliau akan berhijrah ke China bagi menyertai pasukan tier2/3 di sana.
Menurut Johnny, beliau mengambil keputusan untuk berehat dahulu dan tidak mahu memikirkan mengenai pasukan ketika ini. Penyingkiran beliau daripada Fnatic ternyata memberikan sedikit kesan kepadanya. Sehingga kini, masih belum ada sebarang khabar angin mengenai pasukan yang akan disertainya.
Ramai yang tertanya-tanya mengenai kecik imba, pemain muda yang dikatakan berbakat dan bakal menjadi pemain yang lebih baik daripada Mushi sendiri satu hari nanti. Sebelum ini, ada yang mengatakan beliau akan membuat pasukan bersama rakannya iaitu ADTR. Namun, ianya tidak benar dan ADTR pula menyertai Fnatic sebagai jurulatih. Ketika ini, Kecik Imba masih menyepi dan berdiam diri mengenai penyingkiran beliau daripada Fnatic dan juga mengenai masa depan beliau.
Kemanakah mereka selepas ini? Diharapkan ketiga-tiga pemain ini dapat mencari pasukan yang baik bagi mereka meneruskan kerjaya mereka di dalam Dota 2
Comentarios