Team Secret Dijemput Terus ke ESL ONE New York
- MasterRamen
- Aug 29, 2015
- 1 min read

ESL telah membuat pengumuman bahawa pasukan Secret dijemput secara terus ke ESL One New York yang akan diadakan di Madison Square Garden pada 3-4 Oktober 2015. Wang tunai 250,000USD menjadi rebutan pasukan-pasukan handalan dunia dan merupakan pertandingan LAN besar yang pertama akan dianjurkan selepas The International 5
Walaupun Secret mengalami perubahan pemain di mana S4, Arteezy dan Zai telah meninggalkan pasukan tersebut, ESL tetap menjemput Secret kerana pemain-pemain baru juga sangat berpengalaman dan Secret adalah juara pada edisi sebelum ini iaitu ESL One Frankfurt
Barisan pemain Secret
Jacky "EternalEnVy" Mao
Aliwi "w33" Omar
Rasmus "MISERY" Filipsen
Clement "Puppey" Ivanov
Johan "pieliedie" Åström
Pusingan kelayakkan ESL One New York bagi Asia Tenggara akan bermula mulai 1 September ini! Jangan lepaskan peluang menyaksikan pasukan-pasukan terbaik di Asia Tenggara merebut 1 slot ke New York
Source: ESL
Yorumlar