Wina tawan 27 Jejaka untuk muncul juara di 1v1 IIUM Solo Season 2
- MasterRamen
- Aug 28, 2015
- 1 min read

Jarang sekali kita mendengar perempuan berjaya memenangi pertandingan di dalam Dota 2 namun Shazwina gadis daripada Pulau Pinang ini telah membuktikan sebaliknya. Buat kali kedua, Shazwina telah berjaya menjadi juara di dalam pertandingan 1v1 Solo dan kali ini beliau telah menawan IIUM Solo Season 2 dan membawa pulang RM 100 sebagai habuan.
Seramai 28 peserta telah menyertai pertandingan ini yang diadakan secara atas talian. Shazwina telah menewaskan Yesh|.| di perlawanan akhir dengan skor 2-1.
Sebelum ini, ramai pihak yang tidak mempercayai bahawa wina telah menang 1v1 Dota 2 namun beliau telah menafikan tuduhan itu dengan memenangi pertandingan solo 1v1 buat kali kedua. Pihak E-Sukan sempat mendapatkan sedikit kenyataan daripada beliau mengenai kejayaannya pada kali ini
Apa rahsia kejayaan anda di dalam 1v1 Solo Dota 2?. Ini merupakan kejayaan kedua anda. Boleh ceritakan apa perasaan anda setelah berjaya menjadi juara?
Tiada apa yang hendak dirahsiakan. Cuma berusaha dan istiqamah dengan usaha tersebut. Perasaan saya sebenarnya bercampur baur, walaupun gembira atas kejayaan yang dikecapi, saya sedih kerana menerima dakwaan yang Kidal telah memainkan tour tersebut untuk saya - Shazwina
Kidal merupakan pemain K2.Apes dan juga kekasih kepada Shazwina. Tahniah diucapkan kepada Shazwina dan semoga maju jaya
Comments