Impian Malaysia ke World Championship Berakhir
- MasterRamen
- Aug 28, 2015
- 1 min read

Malaysia kecundang di tangan China dan Thailand di dalam perlawanan yang penuh mendebarkan semalam sekaligus tersingkir daripada saingan merebut slot ke World Championship. Drama dan tuduhan liar juga menjadi perbualan hangat mengenai pemain Malaysia dan perkara ini telah disangkal oleh Aiman. Malaysia pada mulanya mendahului China 11-4 terpaksa akur dengan kebangkitan mereka dan tewas 14-16.

Perlawanan menentang Thailand pada mulanya agak seimbang namun Thailand berjaya mendahului di separuh masa kedua sekaligus memusnahkan impian Malaysia dengan skor 12-16. Selain itu, para peminat mula melontarkan tuduhan liar iaitu Malaysia sengaja tewas kepada pasukan Thailand. Tuduhan ini segera dinafikan oleh Aiman di dalam CSGO Group
To those who though we throwed the game against Thailand. Nope we didn't, we were trying our best on both matches and try to cope with the server lag and the consistence of the loss & choke spike everyround. We were so down due to loss against China's comeback. But still we try to move on and focus on game against Thailand.
People may question why I use p90, but only when we lose. If we win the match by me using the p90, people will compliment and such. So no use for me to explain, p90 is still a gun why can't I use it? Easy said.
Thank you for those who still supporting us Malaysia. - Aiman Azham
Malaysia akan bertemu Sri Lanka pada hari ini bagi menamatkan saingan peringkat kumpulan
Sumber: Hltv
Sumber Gambar: MVP Karnal
Comments