Ahmad "ADTR" Syazwan Jadi Coach Fnatic
- MasterRamen
- Aug 28, 2015
- 1 min read

Menurut sumber, Ahmad "ADTR" Syazwan telah dilantik menjadi jurulatih kepada pasukan Fnatic secara sah. Pihak E-Sukan juga ada bertanya sendiri kepada ADTR dan beliau mengesahkan khabar angin tersebut. ADTR merupakan ketua pasukan Invasion semasa zaman kegemilangan mereka di mana Kecik Imba pada ketika itu merupakan pemain utama mereka.
ADTR walau bagaimanapun, menyepi daripada dunia kompetitif setelah meninggalkan pasukan Invasion sebelum pusingan kelayakkan TI5. Sebelum ini juga terdapat khabar angin mengatakan Kecik Imba dan ADTR akan menubuhkan pasukan bersama namun ianya hanya sekadar khabar angin.
ADTR merupakan rakan karib kepada Kecik Imba dan telah bermain bersama beberapa tahun. Keunikkan dan pengalaman yang dimiliki oleh ADTR menjadikan beliau calon yang sesuai sebagai Jurulatih kepada Mushi, Ohaiyo, Black, Chriss dan Net
Comentarios