Intrepid vs Glamorous.Gizmo di AVF Gaming Freak Season 6 Final
- MasterRamen
- Aug 27, 2015
- 1 min read

AVF Gaming Freak Season 6 semakin menghampiri penghujungnya di mana dua pasukan daripada 263 pasukan yang menyertai akan menentukan kejuaraan pada malam ini. Glamorous Gizmo wakil daripada Sarawak akan menentang pasukan yang semakin meningkat iaitu Intrepid di dalam best of 5 jam 8 malam ini
Perlawanan ini boleh ditonton di Dota tv secara percuma.
AVF Gaming Freak Season 6 bermula dengan peringkat kumpulan di mana 263 pasukan dibahagikan kepada 16 kumpulan. 2 pasukan terbaik setiap kumpulan pula mara ke peringkat kalah mati di mana kejuaraan akan ditentukan
Gizmo telah berjaya menumpaskan pasukan Backtick' yang merupakan salah satu pasukan yang layak ke ESL NY SEA Qualifier. Intrepid yang dijangkakan akan menang mudah menentang Go Ayam Sudah terpaksa berhempas pulas sebelum layak ke akhir dengan skor 2-1.
コメント