top of page
Search

5 Sebab Kenapa Dota 2 Moba Paling Popular di Malaysia

  • MasterRamen
  • Aug 25, 2015
  • 3 min read

Setiap permainan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dan kebanyakkan pemain bermain permainan yang mereka gemari. Kita sedia maklum terdapat banyak MOBA yang ada dipasaran dan Dota 2, LoL, HOTS dan HON antara 4 permainan MOBA yang paling popular di Malaysia

Tidak dinafikan bahawa Dota 2 dan LoL sering menjadi pertingkahan antara kedua-dua peminat. Bagi saya, kedua-dua permainan adalah terbaik dan mempunyai sistem pertandingan yang unik dan menghiburkan. Saya lebih berminat untuk menyentuh mengenai mengapa Dota 2 menjadi MOBA paling popular di Malaysia. Jika dilihat secara global, tidak dinafikan League of Legends merupakan permainan MOBA yang paling ramai dimainkan.

5. Sejarah MOBA

MOBA pada asalnya bermula daripada Dota. Sebelum kelahiran MOBA yang lain, hampir keseluruhan pemain MOBA yang telah lama bermain adalah berasal daripada Dota. Oleh itu, kemunculan semula Dota 2 adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan oleh pemain MOBA. Ramai pemain-pemain MOBA yang bermain di HON dan LoL mula kembali bermain Dota 2 selepas Valve mengeluarkan Dota 2 secara rasmi.

4. Mentaliti Dota 2 Permainan Yang Lebih Sukar

Banyak kita lihat bahawa pemain-pemain Dota 2 menyatakan Dota 2 merupakan pemainan yang lebih sukar berbanding dengan LoL, Hon dan HOTS. Ini merupakan pandangan peribadi setiap pemain yang suka lebih sukakan cabaran. Setiap permainan sebenarnya mempunyai kesukarannya tersendiri namun, tidak ramai yang mencuba semua permainan sebelum memilih permainan yang ingin dimainkan. Kebanyakkan pemain mengikut trend semasa dan terus memilih Dota 2 kerana faktor-faktor ini.

3. Malaysia mempunyai Pasukan Dota 2 Bertaraf Dunia

Tidak dinafikan bahawa pasukan Professional di Malaysia telah mencapai tahap yang membanggakan diperingkat antarabangsa. Setiap tahun di The International Malaysia pasti mempunyai wakil bermula daripada Ti1 sehingga Ti5. Perkara ini telah banyak membantu mengembangkan komuniti Dota 2 di Malaysia dan penambahan pemain-pemain baru semakin pesat. Media mula memberikan tumpuan kepada pasukan-pasukan ini sekaligus memberikan kesan positif kepada remaja-remaja yang ingin menceburkan diri di dalam Esukan.

2. Hadiah Pertandingan The International yang Tinggi

Semua MOBA mempunyai pertandingan yang dibanggakan dan menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Dota 2, LoL, HOTS, HON dan lain-lain MOBA menawarkan hadiah melebihi puluhan juta secara keseluruhannya. Mentaliti masyarakat di Malaysia kebanyakkan melihat kepada nilai yang tinggi dan oleh itu The International menjadi tumpuan para pemain dan media di Malaysia. Astro dan surat-surat khabar di Malaysia mula memberikan liputan mengenai Dota 2 dan sekaligus menyumbang kepada peningkatan populariti Dota 2.

1. Percuma

Kesemua MOBA boleh dimainkan secara percuma. Tetapi jika dilihat secara teliti tidak semua hero atau mode boleh terus diakses oleh pemain-pemain baru. Terdapat pelbagai sebab antaranya ialah untuk memastikan pemain-pemain baru ini belajar terlebih dahulu sebelum bermain dengan pemain berpengalaman. Mentaliti pemain-pemain di Malaysia lebih sukakan kepada perkara yang murah dan percuma. Dota 2 memberikan pemain baru akses kepada semua Hero yang ada di dalam permainan tersebut berbeza dengan LoL, Hots dan HON yang mempunyai sistem giliran hero bagi pemain baru. Faktor ini merupakan faktor utama kenapa ramai pemain-pemain baru memilih untuk bermain Dota 2 berbanding dengan MOBA lain dipasaran.

Rumusan

Adalah diingatkan bahawa setiap permainan mempunyai sistem mereka yang tersendiri dan para pemain dinasihatkan agar tidak membandingkan permainan ini secara negatif. LoL mempunyai sistem pertandingan yang sangat sistematik dan lebih memfokuskan kepada pembangunan pasukan secara komprehensif melalui The Weekend Cup. HOTS telah mula menganjurkan pertandingan dan memberi peluang kepada pemain untuk berjuang ke Blizzcon yang selama ini di monopoli oleh pemain-pemain di Amerika dan Eropah. Begitu juga dengan MOBA dan genre esukan yang lain di mana semakin banyak promosi dan pertandingan baru dianjurkan kepada para pemain. Tidak juga dilupakan Mobile Games yang dilihat telah menceburkan diri di dalam esukan dengan pengajuran pertandingan-pertandingan di peringkat tempatan dan global. Semoga MOBA dan juga esukan-esukan yang lain berkembang dengan lebih maju dan dapat mengharumkan nama negara!

 
 
 

Comments


HOT TOPICS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

© 2014-2017 E-Sukan. All rights reserved

KOMUNITI DOTA 2 MALAYSIA

Who are we?

 

- We are bunch of ethusiasm e-sports & games lover

- We are from one of malaysia biggest dota 2 community!

- We want to expand our love in dota 2 e-sports with others type of game!

 

Why we build this site?

 

- We want to give malaysian all related news in esports!

- Because we love esports

 

If you have a news or tournament to share please contact us and we will news it for free

TWITTER
bottom of page